𝐊𝐓𝐏𝐂 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐥 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐱𝐢𝐚𝐭𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐧𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐥
Sambutan Hari Pekerja tahun ini diraikan penuh makna oleh seluruh warga kerja Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) di atas penganugerahan Majikan Terbaik Negara (Syarikat Besar & GLC).
Anugerah telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri kepada YBhg. Dato’ Haji Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025, dengan kehadiran lebih 10,000 pekerja terdiri daripada penjawat awam dan swasta.
Faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah termasuk;
▪️pelaksanaan manfaat dan faedah yang bersasar kepada kakitangan;
▪️pemerkasaan sistem pengurusan prestasi (KPI) yang jelas dan berstruktur;
▪️pelunasan tanggungjawab sosial kepada komuniti (i.e : Program CSR, Edu-Tour, Jelajah Campus dll);
▪️pemangkin dan pemacu kepada ekonomi negeri dan negara;
▪️peningkatan dan pengukuhan prestasi kewangan syarikat yang memberansangkan.
Semoga dengan anugerah ini dapat membakar semangat semua warga kerja untuk terus berkhidmat dengan tekun, amanah dan ikhlas dalam memastikan KTPC terus kekal sebagai 𝐌𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧-𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐓𝐏𝐂!
𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀!
Skip to content