Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah menghadiri Introductory Austrian Business Circle anjuran ADVANTAGE AUSTRIA Kuala Lumpur di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.
KTPC diwakili oleh En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bagi pihak YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, bersama Jabatan Jualan dan Pemasaran.
Majlis yang turut dihadiri oleh Duta Austria ke Malaysia, H.E. Gerald Eisl, diadakan bersempena penghargaan dan perpisahan kepada En. Reinhart Zimmermann, Ketua ADVANTAGE AUSTRIA Kuala Lumpur yang menamatkan tempoh perkhidmatan selama tujuh tahun di Malaysia, serta pengenalan kepada Pn. Andrea Kubista sebagai Ketua ADVANTAGE AUSTRIA Kuala Lumpur dan Penasihat Komersial yang baharu.
KTPC merakamkan penghargaan kepada En. Reinhart Zimmermann atas kerjasama dan hubungan baik yang terjalin sepanjang tempoh perkhidmatan beliau serta mengalu-alukan Pn. Andrea Kubista ke Malaysia. Semoga hubungan strategik antara KHTP dan komuniti perniagaan Austria terus diperkukuh pada masa hadapan.







