𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐄𝐝𝐮-𝐓𝐨𝐮𝐫 : 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐳𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐡, 𝐁𝐞𝐡𝐫𝐚𝐧𝐠, 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

𝟏𝟎 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏

Seramai 62 orang pelajar dari Politeknik Sultan Azlan Shah mengadakan lawatan sambil belajar atau lebih dikenali dengan KHTP Edu-Tour (𝘌𝘥𝘶𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘛𝘰𝘶𝘳) ke Kulim Hi-Tech Park bagi mendapatkan pengalaman pembelajaran luar kelas.

Program KHTP Edu-Tour ini dibahagikan kepada 4 𝑐ℎ𝑒𝑐𝑘𝑝𝑜𝑖𝑛𝑡 yang dimulakan dengan taklimat pengenalan kepada KHTP dan Tadbir Urus Bangunan yang disampaikan oleh Ts. Zulkifli Abdul Rahman, Pengurus Jabatan Penyelenggaraan Harta KTPC.

Seterusnya, para pelajar bersama pensyarah pengiring dibawa mengunjungi KHTP Xperience Centre (KXR) bagi merasai pengalaman dunia digital dengan komponen seperti Virtual Reality dan Flytrough.

Lawatan diteruskan lagi ke 𝑐ℎ𝑒𝑐𝑘𝑝𝑜𝑖𝑛𝑡 ketiga iaitu bilik Building Automation System (BAS Room) bagi melihat dengan lebih dekat sistem yang digunakan dalam mengawal selia bangunan.

Di 𝑐ℎ𝑒𝑐𝑘𝑝𝑜𝑖𝑛𝑡 terakhir, pelajar didedahkan dengan teknologi solar yang merupakan salah satu initiatif KTPC dalam menyokong teknologi hijau serta penjimatan elektrik. Pelajar dapat melihat sendiri Roof Top Solar di bahagian bumbung KHTP Business Centre.

Semoga sesi KHTP Edu Tour kali ini dapat memberi pengalaman yang lebih dekat disamping membuka minda para pelajar tentang dunia sains dan teknologi digital serta peluang kerjaya masa hadapan yang ditawarkan oleh industri di KHTP.

Skip to content