𝐈𝐜𝐡𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢𝐞𝐬 (𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚) 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐬𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐃𝐢 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐤

𝟏𝟓 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
Syarikat Ichia Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. hari ini telah menandatangani perjanjian pajakan tanah bersama Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC).
Ichia Technologies akan membangunkan fasiliti dalam sektor semikonduktor di atas tanah industri berkeluasan 11 ekar di Zon Industri Fasa 3.
Sekalung ucapan TAHNIAH kepada KTPC serta jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Keyakinan para pelabur terhadap kawasan industri KHTP bukan sekadar menyumbang dalam sektor ekonomi bahkan dapat membuka peluang pekerjaan kepada komuniti.
Skip to content