๐๐-๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐ | ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ ๐๐๐ฌ๐จ๐ซ๐ญ
Telah berlangsung Bengkel Perancangan Perniagaan Tahunan Sesi 1 (AMP 1) 2025 KTPC selama 3 hari yang melibatkan penyertaan dari 22 Jabatan di KTPC.
Tahun ini merupakan tahun ke-6 pelaksanaan AMP KTPC yang merupakan platform bagi membincangkan initiatif-initiatif baharu serta percambahan idea dua hala dalam menentukan halatuju syarikat bagi tahun 2025.
Hadir bersama sebagai jemputan khas KTPC, YBhg. Datoโ Wira Hj. Isahak Murat, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK dan Ketua Unit Pengurusan Kualiti PKNK pada sesi bengkel yang diadakan.
Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada Barisan Pengurusan Tertinggi KTPC, Ketua-Ketua Jabatan dan Sekreteriat yang telah terlibat dan menjayakan bengkel AMP 1 kali ini.
Semoga hasil perbincangan dan initiatif baharu yang dipersetujui dapat memacu peningkatan prestasi KTPC dalam mengurus dan memajukan Kulim Hi-Tech Park pada tahun 2025 dan akan datang.