Selaras dengan usaha memperkukuh kecekapan operasi melalui pendigitalan, Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah mengadakan sesi penyerahan kod QR berserta panduan penggunaan Sistem Pengurusan Bangunan KTPC kepada syarikat penyewa di KHTP.
Inisiatif Computerized Maintenance Management System (CMMS) ini merupakan langkah ke arah memperkasa pengurusan bangunan melalui penggunaan sistem digital yang lebih sistematik, mudah diakses dan mesra pengguna.
Pelaksanaan ini diharap dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memudahkan urusan pengurusan bangunan KTPC secara lebih efektif.




