𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐤 𝐂𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐡𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐅𝐨𝐫𝐭𝐮𝐧𝐞 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐄𝐪𝐮𝐢𝐩𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐂𝐨 𝐋𝐭𝐝, 𝐁𝐚𝐰𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐌𝟏 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧

𝟏𝟓 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐁𝐞𝐢𝐣𝐢𝐧𝐠

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dan Shenyang Fortune Precision Equipment Co Ltd telah memeterai Perjanjian Pajakan Tanah Industri bagi Lot 70446, IZP 2 di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Majlis menandatangani perjanjian ini telah disaksikan oleh YB Dr. Haim Hilman Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah.
Pelaburan strategik ini melibatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM1 bilion dan dijangka bakal membuka 1,500 peluang pekerjaan baharu bagi tenaga kerja tempatan, khususnya di negeri Kedah.
Pemeteraian ini mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terutama dalam sektor semikonduktor terhadap ekosistem perindustrian berkelas dunia di KHTP.
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kejayaan besar ini!