𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 (𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐳𝐢𝐤𝐚𝐥) 𝐤𝐞 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐤 (𝐊𝐇𝐓𝐏)


𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada En. Muhammad Ashyaraf Sulaiman, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), bersama delegasi daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kulim ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Sepanjang lawatan, delegasi telah diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini serta peranan KHTP sebagai hab industri berteknologi tinggi yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pelaburan di negeri Kedah. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Mustaffa Said, Ketua Pegawai Pelaburan KTPC.
Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke KHTP Experience Centre (KXR) bagi merasai pengalaman galeri digital interaktif yang mempamerkan ekosistem KHTP, teknologi terkini serta pelbagai inisiatif inovasi yang menjadi antara tarikan utama di taman perindustrian ini.
KTPC berharap kunjungan ini dapat terus memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Pejabat Daerah dan Tanah Kulim dengan KTPC, di samping membuka lebih banyak ruang kolaborasi dalam menyokong pembangunan industri berteknologi tinggi serta pertumbuhan ekonomi yang mampan di KHTP