Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) telah mengadakan kunjungan hormat ke AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn. Bhd., Kulim Hi-Tech Park.
Delegasi KTPC yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bersama Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Pegawai Operasi, serta barisan Pengurus Kanan telah disambut oleh Puan Suan See Yap, Pengarah Urusan AT&S Malaysia. Kunjungan ini bertujuan untuk sesi perbincangan dua hala bagi memperkukuh hubungan strategik serta meneroka potensi kerjasama pada masa hadapan.
Kunjungan ini turut disusuli dengan lawatan ke fasiliti Cleanroom bagi meninjau operasi serta teknologi pembuatan berteknologi tinggi yang dilaksanakan oleh AT&S.
KTPC merakamkan penghargaan atas sambutan mesra dan perkongsian yang diberikan, serta komitmen berterusan AT&S dalam memperkukuh ekosistem pelaburan di KHTP.


