Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) telah mengadakan sesi perkongsian bersama delegasi EDTM sempena Lawatan Industri yang berlangsung di MIMOS Berhad, Kulim Hi-Tech Park.
Dalam sesi tersebut, En. Mustaffa Said, selaku Ketua Pegawai Pelaburan KTPC, telah menyampaikan pembentangan berkaitan pembangunan serta ekosistem pelaburan di KHTP kepada para delegasi yang hadir.
Perkongsian ini memberi gambaran menyeluruh mengenai peranan KHTP sebagai hab industri berteknologi tinggi yang menyokong pertumbuhan sektor semikonduktor, teknologi digital dan inovasi di Malaysia. Sesi ini turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan serta peluang kerjasama strategik antara pihak industri dan rakan delegasi.
Diharapkan sesi lawatan industri ini dapat memberi manfaat kepada semua delegasi yang hadir serta membuka ruang kepada jalinan kerjasama strategik yang lebih kukuh pada masa hadapan dalam memacu pembangunan teknologi dan pelaburan berimpak tinggi di KHTP.





