๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐“๐ข๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก (๐‰๐“๐๐ƒ) ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐๐ข๐ฅ.๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ๐Ÿ“ ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐‡๐“๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kulim Bil. 2 Tahun 2026 yang melibatkan semua ketua jabatan dan agensi di Daerah Kulim.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Tuan Mohamad Rizal Mohamad Radzi, Pegawai Daerah Kulim. Mesyuarat JTPD merupakan platform penyelarasan agenda pembangunan daerah serta memperkukuh kerjasama strategik antara jabatan dan agensi berkaitan.
YBhg. Datoโ€™ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC turut menyampaikan perkongsian berkaitan perkembangan serta hala tuju terkini pembangunan dan perancangan strategik di Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Penekanan turut diberikan kepada inisiatif semasa dan perancangan masa hadapan bagi memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi serta pelaburan di Daerah Kulim.
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak. Semoga segala perbincangan dan perkongsian strategik yang dibentangkan menjadi pemangkin kepada pembangunan Daerah Kulim yang lebih mampan dan progresif.

Related Posts