𝟏𝟗 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐙𝐏 𝟒𝐀, 𝐊𝐇𝐓𝐏
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Novolyte Technology Sdn. Bhd. bersempena Majlis Pecah Tanah di Zon Perindustrian Fasa 4A (IZP 4A), Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Fasiliti baharu ini dijangka beroperasi pada Suku Ketiga 2026, dengan kapasiti tahunan 30,000 metrik tan untuk pasaran domestik dan Asia Tenggara.
Majlis disempurnakan oleh YB. Prof Dr. Haim Hilman Abdullah, Exco Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah. Hadir bersama Encik Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Puan Surayu Susah, Pengarah Eksekutif Pembangunan Pembuatan, Malaysian Investment Development Authority – MIDA, serta tetamu kehormat lain termasuk pegawai kerajaan dan pengurusan Novolyte.
Pelaburan ini mencerminkan keyakinan pelabur yang kukuh terhadap ekosistem perindustrian di KHTP dan selaras dengan aspirasi negeri Kedah untuk memperkukuh sektor tenaga baharu dan pembuatan bernilai tinggi. Projek ini dijangka mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan.
Selamat Datang Novolyte ke KHTP!









