𝐒𝐄𝐌𝐈𝐂𝐎𝐍 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐒𝐄𝐌𝐈𝐂𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝟏𝟗-𝟐𝟐 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐬 𝐄𝐱𝐩𝐨 𝐚𝐧𝐝 𝐂𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞, 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐁𝐚𝐲 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐬, 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐚𝐩𝐨𝐫𝐞
Delegasi Kulim Technology Park Corporation (KTPC) diketuai oleh En. Che Abdul Khalid Md Din, Ketua Pegawai Operasi, mengadakan misi promosi pelaburan ke SEMICON Asia Tenggara (SEMICON SEA) 2025. Lebih menarik pada tahun ini, KTPC menjadi penganjur bersama dengan Invest-in-Penang Berhad bagi sesi Handshake @ SEMICON. Bertemakan “Kulim Hi-Tech Park, Kedah – Northern Belt of Malaysia: A Comprehensive Semiconductor Powerhouse”, seramai 48 wakil syarikat semikonduktor dan rantaian nilai berkaitan telah menghadiri sesi ini.
Delegasi turut mengadakan lawatan kerja ke rerurai pelabur sedia ada di KHTP seperti AT&S, CKD, MFSG, pelabur berpotensi, MIDA dan lain-lain agensi pemegang taruh. KTPC turut berkesempatan menyertai Golf @ SEMICON SEA 2025 bersama wakil pengurusan syarikat-syarikat semikonduktor peringkat global.
En. Che Abdul Khalid bersama delegasi KTPC turut mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat MIDA Singapura yang disambut mesra oleh En. Vinothan Tulisi Nathzan,Pengarah, MIDA Singapura. Perkongsian berkaitan perkembangan terkini di KHTP serta usaha KTPC bagi memastikan KHTP kekal menjadi lokasi pilihan pelaburan strategik, dan peluang pelaburan untuk syarikat-syarikat yang berpangkalan di Singapura untuk melabur di KHTP.
Semoga penyertaan KTPC dalam SEMICON SEA 2025 ini dapat memberi visabiliti kepada syarikat-syarikat semikonduktor terhadap lokasi pelaburan terbaik di KHTP.
Jumpa lagi di SEMICON SEA 2026!
Skip to content