Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐎𝐑𝐈𝐁𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

𝟐𝟐 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐒𝐌𝐄 𝐏𝐚𝐫𝐤

Setinggi-tinggi Tahniah kepada HORIBA Malaysia di atas Perasmian Pembukaan Fasiliti di KHTP SME Park. Majlis ini menandakan satu pencapaian penting dalam pengukuhan ekosistem industri berteknologi tinggi dan bernilai tinggi di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Majlis dihadiri oleh Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Pegawai Operasi KTPC, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pelaburan strategik berteknologi tinggi serta komitmen KTPC dalam memperkukuh pembangunan ekosistem industri dan inovasi di KHTP.

Sebagai peneraju global dalam bidang teknologi tinggi, kehadiran HORIBA di KHTP mencerminkan tahap keyakinan pelabur antarabangsa terhadap keupayaan infrastruktur, persekitaran perniagaan yang kondusif serta ketersediaan bakat teknikal tempatan.

Pelaburan ini dijangka menyumbang kepada pemindahan teknologi, pembangunan industri berasaskan inovasi serta pewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta pertumbuhan ekonomi mampan di negeri Kedah khasnya.

Selamat Datang HORIBA ke KHTP!

#khtp
#KTPC
#kulimhitechpark
#horibamalaysia
#openingceremony
#Hightechindustry
#TechnologyAndInnovation
... See MoreSee Less

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢Image attachmentImage attachment+7Image attachment

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐏𝐚𝐫𝐤 𝐂𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐊𝐓𝐏𝐂) 𝐊𝐞 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦

𝟐𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐏𝐊𝐊

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Majlis Perbandaran Kulim atas kesudian menerima lawatan delegasi KTPC yang diketuai oleh Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Pegawai Operasi.

Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuh demi pembangunan kawasan perindustrian yang mampan dan berdaya saing.

#KTPC
#khtp
#kulimhitechpark
#MajlisPerbandaranKulim
#lawatandeligasi
... See MoreSee Less

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭Image attachmentImage attachment+Image attachment

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐍𝐨𝐯𝐨𝐥𝐲𝐭𝐞 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝.

𝟏𝟗 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐙𝐏 𝟒𝐀, 𝐊𝐇𝐓𝐏

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Novolyte Technology Sdn. Bhd. bersempena Majlis Pecah Tanah di Zon Perindustrian Fasa 4A (IZP 4A), Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Fasiliti baharu ini dijangka beroperasi pada Suku Ketiga 2026, dengan kapasiti tahunan 30,000 metrik tan untuk pasaran domestik dan Asia Tenggara.

Majlis disempurnakan oleh YB. Prof Dr. Haim Hilman Abdullah, Exco Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah. Hadir bersama Encik Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Puan Surayu Susah, Pengarah Eksekutif Pembangunan Pembuatan, Malaysian Investment Development Authority - MIDA, serta tetamu kehormat lain termasuk pegawai kerajaan dan pengurusan Novolyte.

Pelaburan ini mencerminkan keyakinan pelabur yang kukuh terhadap ekosistem perindustrian di KHTP dan selaras dengan aspirasi negeri Kedah untuk memperkukuh sektor tenaga baharu dan pembuatan bernilai tinggi. Projek ini dijangka mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan.

Selamat Datang Novolyte ke KHTP!

#KTPC
#khtp
#kulimhitechpark
#Novolyte
#GroundBreakingCeremony
#NewEnergy
#Kedah
... See MoreSee Less

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢Image attachmentImage attachment+7Image attachment

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐅𝐢𝐭𝐄𝐑 (𝐈 𝐅𝐢𝐭 & 𝐄𝐚𝐭 𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭) 𝐊𝐓𝐏𝐂

𝟏𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞

Program IFitER KTPC dengan kerjasama Wellness Hub Kulim telah berlangsung dari 26 Mei hingga 25 November 2025 melibatkan seramai 28 orang kakitangan KTPC. Sepanjang tempoh 6 bulan, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti merangkumi saringan kesihatan, analisis komposisi tubuh, latihan kekuatan, senaman aerobik serta latihan luar, selaras dengan objektif meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan warga kerja.

Antara pencapaian membanggakan hasil Program IFitER siri ini:

▪️3 peserta berjaya menurunkan 5% berat badan daripada berat asal
▪️15 daripada 28 peserta berjaya menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 1 kg
▪️Majoriti peserta menunjukkan peningkatan dari segi tahap kecergasan dan komposisi tubuh

Bagi meraikan semua peserta, satu majlis penutup telah diadakan yang dirasmikan oleh En. Mustaffa Said, Ketua Pegawai Pelaburan KTPC. Dalam ucapan perasmian, beliau merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen serta disiplin yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Dr. YBrs Dr Liyanatul Najwa Binti Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Kulim.

Top 8 Pemenang IFitER Siri 3/2025:

🥇Abdul Basit Mohd Nadzri – Penurunan 7.4 kg (10%)

🥈Nur Atiqah Zaini – Penurunan 5.8 kg (7.5%)

🥉Ts Ibrahim Ahmad – Penurunan 5.6 kg (6.2%)

▪️Rosemayatee Osthman – Penurunan 4.9 kg (6.1%)

▪️Mohd Syahizan Mohd Sanusi – Penurunan 4.5 kg (5.4%)

▪️Nur Dalilah Da Halib – Penurunan 4.2 kg (3.7%)

▪️Ahmad Aidil Aiman Abd. Rahman – Penurunan 2.3 kg (2.4%)

▪️Isrozaini Ishak – Penurunan 2.8 kg (2.1%)

KTPC akan terus menyokong dan memperkasa pelaksanaan program seumpama ini sebagai usaha berterusan membudayakan gaya hidup sihat, seimbang dan persekitaran kerja yang positif.

Tahniah kepada pemenang dan semua pejuang IFitER!

#KTPC
#khtp
#kulimhitechpark
#IFitEr
#WellnessHubKulim
#jomsihatbersamawellnesshubkulim
#GayaHidupSihat
#gayahidupsihataktif
#SDGs
#SDG3goodhealthandwellbeing
... See MoreSee Less

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢Image attachmentImage attachment+Image attachment

𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐄𝐝𝐮 𝐓𝐨𝐮𝐫: 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐨𝐫𝐚𝐤 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧

𝟏𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐤

KHTP Edu Tour membuka tirai tahun 2026 dengan lawatan akademik dari Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seramai 42 orang penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) telah menyertai program ini bagi memperoleh pendedahan secara langsung terhadap ekosistem industri, peranan jurutera sebagai pemimpin, serta amalan profesional yang diamalkan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh pihak Kulim Technology Park Corporation (KTPC) yang disampaikan oleh Ts. Mohd Adam Nor Azman, Pengurus Jabatan Pengurusan Fasiliti. Beliau memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan pembangunan, peranan serta ekosistem industri di KHTP serta perkongsian bertajuk "Engineer as Leader: Insights from Industry".

Seterusnya, para peserta dibawa melawat KHTP Xperience Centre (KXR) bagi melihat komponen teknologi masa kini yang digunakan seiring dengan kemajuan industri dalam KHTP. Program diteruskan dengan lawatan industri ke KHTP Sterilisation Services (KSS) bagi memberi pendedahan secara langsung terhadap operasi dan persekitaran industri sebenar.

Lawatan ini diharap dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap landskap industri, di samping membentuk jati diri serta kepimpinan profesional dalam kalangan pelajar ke arah melahirkan jurutera yang berdaya saing dan berjiwa pemimpin, serta merapatkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dan sektor industri.

#KHTP
#KTPC
#kulimhitechpark
#KHTPEduTour
#UiTMPulauPinang
#KXR
#KSS
#IndustryExposure
... See MoreSee Less

𝐊𝐇𝐓𝐏 �Image attachmentImage attachment+7Image attachment

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐊𝐇𝐓𝐏

𝟏𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞

KTPC berbesar hati menerima kunjungan dari YBrs. Dr. Nor'Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, bersama delegasi dari Pejabat Kesihatan Kulim ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Sejurus ketibaan, delegasi dibawa melawat KHTP Xperience Centre (KXR) bagi melihat dengan lebih dekat landskap industri dan ekosistem dalam KHTP dengan menggunakan teknologi terkini secara maya. Seterusnya, taklimat khas telah disampaikan oleh En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC berkaitan inisiatif strategik dan pembangunan terkini di KHTP.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik serta meningkatkan jaringan antara KTPC dan agensi, dalam aspek kesihatan pada semua pemain industri dalam KHTP.

Semoga kerjasama erat ini akan terus memberi manfaat kepada semua pihak selaras menyokong pembangunan ekosistem yang mampan.

#KHTP
#KTPC
#kulimhitechpark
#KerjasamaStrategik
#KesihatanIndustri
#LawatanRasmi
... See MoreSee Less

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭Image attachmentImage attachment+7Image attachment

𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧: 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐊𝐓𝐏𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟑𝟎

𝟏𝟐 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞

Satu sesi taklimat dan perkongsian Pelan Strategik KTPC 2.0 (2026–2030) telah diadakan bertempat di Bilik Alamanda, KHTP Business Centre, melibatkan dua sesi utama merangkumi Sektor Operasi dan Sektor Pelaburan.

Taklimat disampaikan oleh En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, yang berkongsi hala tuju strategik serta fokus perancangan organisasi bagi memperkukuh prestasi dan kelestarian pembangunan pada masa hadapan.

Sesi ini turut menjadi platform bagi penyelarasan strategik ke arah pencapaian sasaran jangka sederhana dan panjang organisasi.

Diharapkan perkongsian ini dapat memperkukuh kefahaman serta komitmen bersama dari pengurusan dan seluruh warga kerja KTPC dalam merealisasikan pelan strategik yang telah dirangka.

#khtp
#KTPC
#kulimhitechpark
#pelanstrategik
... See MoreSee Less

𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤Image attachmentImage attachment+1Image attachment

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭 𝐊𝐢𝐦𝐢𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐈𝐊𝐌) 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐔𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐞 𝐊𝐇𝐓𝐏

𝟗 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dan KHTP Bio Analytical Laboratory Sdn Bhd (KBIO) berbesar hati menerima Lawatan Rasmi YBhg. Dato’ Dr. Hj. ChM Mas Rosemal Hakim, Pengerusi Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Utara, bersama delegasi IKM ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Lawatan dimulakan dengan taklimat berkaitan KHTP dan KBio yang telah disampaikan oleh En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC dan Pn. Husniyah Yahaya, Pengarah Eksekutif KBio. Seterusnya delegasi dibawa melawat ke galeri digital KHTP Xperience Centre dan Makmal KBio bagi mendapatkan pengalaman yang lebih dekat berkaitan peranan dan bidang perkhidmatan yang disediakan.

YBhg. Dato' Mohd Sahil Bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC berkesempatan mengadakan sesi pertemuan bersama delegasi sebelum sesi taklimat dan perbincangan dalam meneroka peluang kerjasama strategik dan memperkukuh perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada IKM Cawangan Utara atas kesudian berkunjung dan sokongan berterusan ke arah pembangunan ekosistem industri berteknologi tinggi di KHTP.

#KHTP
#KTPC
#kulimhitechpark
#kbiolab
... See MoreSee Less

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭Image attachmentImage attachment+2Image attachment

𝐊𝐓𝐏𝐂 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐥 𝐖𝐚𝐥𝐤 – 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐚𝐦, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐆𝐚𝐲𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭

𝟗 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐂𝐥𝐮𝐛

KTPC Briskwalk mingguan kali ini dengan bertemakan “Trail Walk” membawa warga KTPC menyusuri laluan trail sepanjang lebih 4 kilometer yang merangkumi kawasan laluan Padang Golf yang menawarkan pengalaman berjalan kaki yang lebih segar dikelilingi kehijauan alam semula jadi.

Laluan ini bukan sahaja memberi peluang untuk kekal aktif, malah membolehkan peserta menikmati suasana persekitaran yang tenang sambil meneroka landskap KHTP dari perspektif berbeza.

Penganjuran Briskwalk ini selari dengan komitmen Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya:
🔹 SDG 3: Good Health & Well-Being – menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif
🔹 SDG 11: Sustainable Cities & Communities – memupuk komuniti yang mampan dan sejahtera

Usaha berterusan ini mencerminkan aspirasi KTPC untuk mewujudkan ekosistem industri yang bukan sahaja sihat dan aktif, malah menitikberatkan keseimbangan kesihatan, alam sekitar dan komuniti.

#KTPC
#KHTP
#KulimHiTechPark
#KTPCBriskwalk
#TrailWalkKHTP
#HealthyLifestyle
#SDG3
#SDG11
#SustainableCommunity
... See MoreSee Less

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐓𝐏𝐂

𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐆𝐨𝐥𝐟 𝐂𝐥𝐮𝐛

Majlis Amanat Tahun Baru 2026 Kumpulan KTPC telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan seramai 218 warga kerja Syarikat Kumpulan KTPC di Ballroom, Kulim Golf Club. Majlis ini merupakan platform penting dalam menyatukan hala tuju organisasi serta menyemarakkan semangat warga kerja bagi mendepani cabaran tahun baharu.

Selari dengan landskap semasa teknologi masa kini, majlis tahun ini menampilkan pendekatan progresif apabila dikendalikan sepenuhnya oleh pengacara berasaskan Kecerdasan Buatan (AI). Inisiatif ini mencerminkan kesediaan syarikat Kumpulan KTPC seiring perubahan, sejajar dengan aspirasi sebagai peneraju ekosistem perindustrian berteknologi tinggi di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Sorotan utama majlis adalah penyampaian Amanat Tahun Baru 2026 oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC. Amanat tersebut menggariskan hala tuju strategik Kumpulan bagi tahun 2026, termasuk sasaran kewangan, pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi serta penekanan terhadap sinergi antara syarikat dan sokongan berterusan dalam kalangan warga kerja Syarikat Kumpulan KTPC.

Diharapkan amanat serta perkongsian strategik yang disampaikan dapat menjadi pemangkin motivasi kepada seluruh warga kerja dalam mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan organisasi.

Tahniah diucapkan atas pencapaian Kumpulan KTPC sepanjang tahun 2025. Ayuh kita melangkah bersama, "𝐌𝐞𝐧𝐮𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧" yang lebih gemilang pada tahun 2026!

#KTPC
#KHTP
#KulimHiTechPark
#AmanatTahunBaru2026
#SyarikatKumpulanKTPC
KHTP Skills Centre
KBIO
Kulim Golf & Country Resort
KHTP Sterilisation Services Sdn Bhd
... See MoreSee Less

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢Image attachmentImage attachment+Image attachment

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐈𝐦𝐢𝐠𝐫𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦

𝟖 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) berbesar hati menerima lawatan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri ke Pejabat Imigresen Cawangan Kulim yang kini beroperasi di lokasi baharu di KHTP Business Centre, Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC bersama YBrs. Tuan Muhammad Ridzzuan bin Mohd Zain, Pengarah Imigresen Negeri Kedah serta barisan Pengurusan Tertinggi KTPC menyambut mesra kedatangan YB Menteri dan delegasi.

Pembukaan pejabat Imigresen di dalam kawasan KHTP ini merupakan satu langkah strategik yang membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuh kemudahan sokongan kepada komuniti industri. Pejabat baharu ini dilengkapi dengan kemudahan yang lebih selesa dan mesra pelanggan, termasuk ruang menunggu yang lebih luas, kemudahan parkir, fasiliti mesra OKU serta kawalan keselamatan 24 jam.

KTPC berbangga dapat menyediakan akses perkhidmatan Imigresen yang lebih dekat, selesa dan mesra pengguna bagi memenuhi keperluan pelabur, warga kerja serta komuniti di KHTP.

#KHTP
#KTPC
#kulimhitechpark
#PejabatImigresenKulim
#ekosistemindustri
... See MoreSee Less

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭Image attachmentImage attachment+7Image attachment