Skip to content

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐‚๐Ž๐ ๐€๐ฌ๐ข๐š ๐“๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ซ๐š (๐’๐„๐Œ๐ˆ๐‚๐Ž๐ ๐’๐„๐€) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

๐Ÿ๐Ÿ—-๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐’๐š๐ง๐๐ฌ ๐„๐ฑ๐ฉ๐จ ๐š๐ง๐ ๐‚๐จ๐ง๐ฏ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž, ๐Œ๐š๐ซ๐ข๐ง๐š ๐๐š๐ฒ ๐’๐š๐ง๐๐ฌ, ๐’๐ข๐ง๐ ๐š๐ฉ๐จ๐ซ๐ž
Delegasi Kulim Technology Park Corporation (KTPC) diketuai oleh En. Che Abdul Khalid Md Din, Ketua Pegawai Operasi, mengadakan misi promosi pelaburan ke SEMICON Asia Tenggara (SEMICON SEA) 2025. Lebih menarik pada tahun ini, KTPC menjadi penganjur bersama dengan Invest-in-Penang Berhad bagi sesi Handshake @ SEMICON. Bertemakan โ€œKulim Hi-Tech Park, Kedah โ€“ Northern Belt of Malaysia: A Comprehensive Semiconductor Powerhouseโ€, seramai 48 wakil syarikat semikonduktor dan rantaian nilai berkaitan telah menghadiri sesi ini.
Delegasi turut mengadakan lawatan kerja ke rerurai pelabur sedia ada di KHTP seperti AT&S, CKD, MFSG, pelabur berpotensi, MIDA dan lain-lain agensi pemegang taruh. KTPC turut berkesempatan menyertai Golf @ SEMICON SEA 2025 bersama wakil pengurusan syarikat-syarikat semikonduktor peringkat global.
En. Che Abdul Khalid bersama delegasi KTPC turut mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat MIDA Singapura yang disambut mesra oleh En. Vinothan Tulisi Nathzan,Pengarah, MIDA Singapura. Perkongsian berkaitan perkembangan terkini di KHTP serta usaha KTPC bagi memastikan KHTP kekal menjadi lokasi pilihan pelaburan strategik, dan peluang pelaburan untuk syarikat-syarikat yang berpangkalan di Singapura untuk melabur di KHTP.
Semoga penyertaan KTPC dalam SEMICON SEA 2025 ini dapat memberi visabiliti kepada syarikat-syarikat semikonduktor terhadap lokasi pelaburan terbaik di KHTP.
Jumpa lagi di SEMICON SEA 2026!