Suasana penuh warna dan tenaga positif menyinari Bulatan KHTP, mercu tanda baharu di Kulim Hi-Tech Park sempena ambang tahun baru. Seramai 200 orang warga kerja syarikat Kumpulan KTPC serta ahli keluarga bersama-sama memeriahkan Petals Neon Walk yang bertemakan neon.
Program berjalan santai ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana santai dan menyeronokkan antara warga kerja.
Dengan latar cahaya neon yang memukau di sekitar Bulatan KHTP serta semangat kebersamaan yang tinggi, program ini mencerminkan komitmen Kumpulan KTPC dalam mewujudkan persekitaran kerja yang seimbang, progresif dan berdaya saing.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan program ini.
Bersama kita melangkah lebih sihat, lebih bertenaga di tahun baru.
Selamat Tahun Baru 2026!















