๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐€๐ ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ˆ๐๐† ๐Š๐š๐ฅ๐ข ๐Š๐ž-๐Ÿ‘๐Ÿ— ๐’๐Œ๐Š ๐‹๐ฎ๐›๐ฎ๐ค ๐๐ฎ๐ง๐ญ๐š๐ซ

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐’๐Œ๐Š ๐‹๐ฎ๐›๐ฎ๐ค ๐๐ฎ๐ง๐ญ๐š๐ซ
YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC hadir memenuhi undangan sebagai Tetamu Khas bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMKLB kali ke-39.
Kehadiran disambut penuh meriah oleh Tuan Haji Abd Ghani Asri selaku Pengetua dan Puan Nor Arzila Abd Rashid, YDP PIBG SMKLB. Hadir bersama, Encik Yusni Saleh, Pengarah Operasi KHTP Skills Centre dan Cik Siti Nadia Mahayadin, Pegawai Khas kepada YBhg. Dato’.
Dalam ucaptama, YBhg Dato’ berkesempatan berkongsi mengenai pembangunan dan perkembangan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) serta KHTP Skills Centre kepada seramai 100 orang ibu bapa dan penjaga yang hadir. Perkongsian ini adalah bagi tujuan pendedahan tentang peluang kerjaya masa hadapan yang ada di KHTP bagi para pelajar sekolah SMKLB.
Semoga penganjuran Mesyuarat dan perkongsian YBhg. Dato’ dapat memberi manfaat yang besar serta galakan motivasi demi kejayaan masa depan yang lebih cemerlang.
Skip to content