๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง “๐–๐จ๐ซ๐ฅ๐ ๐Ž๐’๐‡ ๐ƒ๐š๐ฒ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“” ๐๐š๐ง “๐Ÿ‘๐ŸŽ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐’๐š๐Ÿ๐ž ๐Œ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฎ๐ซ๐ฌ ๐–๐ข๐ญ๐ก๐จ๐ฎ๐ญ ๐‹๐จ๐ฌ๐ญ ๐“๐ข๐ฆ๐ž ๐ˆ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฒ (๐–๐‹๐“๐ˆ)”

๐Ÿ๐Ÿ– ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐“๐š๐ฉ๐š๐ค ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐…๐š๐ฌ๐š ๐Ÿ’๐€, ๐Š๐‡๐“๐
Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) bersama Takdir Permai Sdn Bhd (TPSB) meraikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja atau amnya dikenali sebagai “World OSH Day” dan “300,000 Safe Man Hours Without Lost Time Injury (WLTI)” yang berlangsung serentak di seluruh dunia, khasnya di negeri Kedah.
Bertemakan “Merevolusikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Peranan Kecerdasan Buatan (AI), dan Pendigitalan di Tempat Kerja”, perasmian majlis telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Mohd Safarin Bin Sabli, Timbalan Pengarah Khidmat Teknik, JKKP Negeri Kedah.
Che Abdul Khalid Md Din, Ketua Pegawai Operasi KTPC merangkap Pegawai Penguasa Projek Pembangunan Fasa 4A KHTP turut menyatakan hasrat melalui ucapan beliau agar inisiatif penganjuran hari sedunia ini akan membantu mengekalkan ciri-ciri keselamatan & kesihatan pekerja, sama ada bagi projek ini mahupun projek-projek di masa akan datang, terutamanya di KHTP.
KTPC turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada TPSB sebagai pengiktirafan bagi pencapaian 300,000 jam kerja selamat tanpa kehilangan masa kerja disebabkan kecederaan di tapak pembangunan Kawasan Perindustrin Fasa 4A, Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Semoga dengan sambutan meraikan kejayaan ini menjadi pembakar semangat dan motivasi dalam mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kecemerlangan di tempat kerja.
Skip to content