Kulim Technology Park Corporation (KTPC) berbesar hati menerima lawatan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri ke Pejabat Imigresen Cawangan Kulim yang kini beroperasi di lokasi baharu di KHTP Business Centre, Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC bersama YBrs. Tuan Muhammad Ridzzuan bin Mohd Zain, Pengarah Imigresen Negeri Kedah serta barisan Pengurusan Tertinggi KTPC menyambut mesra kedatangan YB Menteri dan delegasi.
Pembukaan pejabat Imigresen di dalam kawasan KHTP ini merupakan satu langkah strategik yang membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuh kemudahan sokongan kepada komuniti industri. Pejabat baharu ini dilengkapi dengan kemudahan yang lebih selesa dan mesra pelanggan, termasuk ruang menunggu yang lebih luas, kemudahan parkir, fasiliti mesra OKU serta kawalan keselamatan 24 jam.
KTPC berbangga dapat menyediakan akses perkhidmatan Imigresen yang lebih dekat, selesa dan mesra pengguna bagi memenuhi keperluan pelabur, warga kerja serta komuniti di KHTP.







