𝟐𝟐 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam satu sesi lawatan ke KHTP.
Delegasi PKNS yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Mahmud bin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC bersama barisan Pengurusan Tertinggi KTPC.
Sesi kunjungan dimulakan dengan lawatan ke KHTP Xperience Centre (KXR), galeri digital KHTP dan kemudian diteruskan dengan sesi taklimat dan perkongsian berkaitan pembangunan dan perancangan KHTP.
Diharapkan kunjungan ini dapat memperkukuhkan hubungan strategik serta membuka ruang kolaborasi yang memberi manfaat bersama pada masa akan datang. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi pembangunan industri yang mampan.