𝐊𝐓𝐏𝐂 𝐃𝐢𝐧𝐨𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐉𝐮𝐛𝐥𝐢 𝐈𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐊𝐍𝐊

𝟏𝟑 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫
Sekalung tahniah diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) atas sambutan Malam Jubli Intan yang penuh berprestij dan bermakna.
Majlis yang diraikan dengan penuh istiadat ini turut menyaksikan penganugerahan Anugerah Apresiasi Jubli Intan 60 Tahun PKNK sebagai tanda penghargaan kepada organisasi dan individu yang cemerlang dan berimpak tinggi.
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kulim Technology Park Corporation (KTPC) atas penerimaan 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐏𝐊𝐍𝐊 yang telah disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Alaminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah kepada YBhg. Dato’ Hj Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja KTPC untuk terus melakar kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan dalam memacu pembangunan Kulim Hi-Tech Park.
Kredit : PKNK