𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗨𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗝𝗘𝗥𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗬𝗔𝗕 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛

𝟮𝟴 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗪𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡
GCEO Kulim Technology Park Corporation (KTPC), YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi berkesempatan bersua dengan Duta Besar Republik Persekutuan Jerman Ke Malaysia, TYT Dr. Peter Blomeyer semasa kunjungan hormat ke atas YAB Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan Khazali dan EXCO Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, YB Dr. Haim Hilman Abdullah.
Hubungan baik antara kedua pihak dapat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dalam meningkatkan ekonomi negeri dan nilai pelaburan di Kulim Hi-Tech Park.
Skip to content