𝟲 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗺
Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) menyumbangkan 40 unit kerusi roda untuk kegunaan pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Kulim, Kedah. Simbolik penyerahan telah dilaksanakan oleh Y.Bhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi; GCEO KTPC kepada Dr. Mohd Ruhaifi Ali; Pengarah Hospital Kulim disaksikan wakil pengurusan tertinggi KTPC dan pengurusan hospital.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah sebahagian daripada usaha KTPC untuk lebih cakna kepada keperluan masyarakat setempat.
Selain itu, program 𝘞𝘩𝘦𝘦𝘭𝘴 𝘰𝘧 𝘏𝘰𝘱𝘦 ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (𝘚𝘶𝘴𝘵𝘢𝘪𝘯𝘢𝘣𝘭𝘦 𝘋𝘦𝘷𝘦𝘭𝘰𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘎𝘰𝘢𝘭𝘴). Kerjasama dan hubungan baik antara KTPC dan Hospital Kulim terhadap keperluan ekosistem Kulim Hi-Tech Park (KHTP) adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan;
SDG 3; menyumbang kepada peningkatan kualiti penjagaan kesihatan dan meningkatkan kehidupan pesakit;
SDG 11; menyokong pembangunan bandar yang mampan dengan memastikan aksesibiliti kepada hospital dan perkhidmatan kesihatan; dan
SDG 17; menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama dalam mencipta masyarakat yang lebih inklusif demi pembangunan mampan.
Diharapkan dengan adanya sumbangan melalui program 𝘞𝘩𝘦𝘦𝘭𝘴 𝘰𝘧 𝘏𝘰𝘱𝘦 ini dapat membantu pihak pengurusan hospital dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti.