𝑲𝒆𝒅𝒂𝒉 𝑰𝒏𝒕𝒆𝒓𝒏𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑫𝒊𝒈𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑬𝒅𝒖𝒄𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝑪𝒂𝒓𝒏𝒊𝒗𝒂𝒍 (𝑲𝑰𝑫𝑬𝑪) 2024

𝟐𝟑-𝟐𝟒 𝐀𝐩𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐒𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡

KEDAH Digital Centre (KDC) turut sama menyertai sebagai pempamer dan aktiviti sempena Kedah International Digital Education Carnival (KIDEC) 2024 bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Seramai 31 pempamer daripada agensi dan sekolah, 14 syarikat swasta yang melibatkan 56 buah sekolah di Negeri Kedah. Karnival ini juga disertai oleh pendidik daripada negara Thailand, Indonesia dan Vietnam.

KIDEC telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Zainuren bin Hj Mohd Nor, Pengarah Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain daripada itu, pelbagai aktiviti diadakan antaranya pameran rerurai daripada agensi, sekolah dan syarikat swasta, slot ceramah, bengkel, pertandingan serta persembahan daripada guru dan murid.

Semoga penganjuran karnival ini dapat memberi pendedahan yang lebih meluas terhadap dunia digital dalam pendidikan.

Skip to content