๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‚๐š๐ซ๐š ๐‡๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ

๐Ÿ“ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐Š๐‡๐“๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž
Pasukan Tindakan SDG KTPC, Unit Pengurusan Kualiti dan Jabatan Sumber Manusia dengan kerjasama Wellness Hub Kulim telah menganjurkan Program Cara Hidup Sihat bagi menyokong kesejahteraan warga kerja KTPC. Program ini adalah sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang menekankan aspek kesihatan dan kesejahteraan (Good Health & Well-Being โ€“ SDG 3).
Program dimulakan dengan sesi perkongsian yang disampaikan oleh Pn. Nor Asikin bt Arifin (Penyelaras) dan Cik Nur Shamilla bt Shafie (Jurulatih) dari Wellness Hub Kulim. Perkongsian ini memberi fokus berkaitan gaya hidup sihat dan kepentingan penjagaan kesihatan secara holistik, merangkumi aspek fizikal, mental dan emosi.
Selari dengan usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan terhadap pengekalan BMI yang sihat, sesi saringan kesihatan dan analisis komposisi tubuh (InBody) dijalankan kepada semua yang hadir bagi membolehkan peserta mengenal pasti status kesihatan mereka dengan lebih jelas.
Selain menggalakkan pengurusan kesihatan diri secara proaktif, diharapkan program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada semua yang hadir, malah menjadi pemangkin kepada perubahan gaya hidup yang lebih sihat, seimbang dan berdaya tahan dalam jangka masa panjang.

Related Posts

Skip to content