𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧: 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐊𝐓𝐏𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟑𝟎

𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧: 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐊𝐓𝐏𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟑𝟎

𝟏𝟐 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
Satu sesi taklimat dan perkongsian Pelan Strategik KTPC 2.0 (2026–2030) telah diadakan bertempat di Bilik Alamanda, KHTP Business Centre, melibatkan dua sesi utama merangkumi Sektor Operasi dan Sektor Pelaburan.
Taklimat disampaikan oleh En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, yang berkongsi hala tuju strategik serta fokus perancangan organisasi bagi memperkukuh prestasi dan kelestarian pembangunan pada masa hadapan.
Sesi ini turut menjadi platform bagi penyelarasan strategik ke arah pencapaian sasaran jangka sederhana dan panjang organisasi.
Diharapkan perkongsian ini dapat memperkukuh kefahaman serta komitmen bersama dari pengurusan dan seluruh warga kerja KTPC dalam merealisasikan pelan strategik yang telah dirangka.