𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐉𝐚𝐧𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐓𝐮𝐫𝐛𝐢𝐧 𝐆𝐚𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝟗𝟎𝐌𝐖

𝟑𝟎 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏

NUR Power telah membuat perasmian stesen jana kuasa turbin gas secara terbuka bagi menyediakan tambahan kuasa elektrik di KHTP.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof; Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Hadir bersama ke majlis adalah Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor; Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr. Haim Hilman Abdullah bersama dif-dif jemputan yang lain.

YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC bersama pengurusan KTPC turut hadir bagi meraikan majlis.

Stesen jana kuasa NUR Power ini dapat menjana sehingga 90MW kuasa elektrik, tambahan kepada 220MW janaan sedia ada bagi memenuhi permintaan oleh para pelabur di KHTP.

Semoga dengan penambahan janaan kuasa ini serta bekalan tenaga yang stabil dan berkualiti dari NUR Power, ianya dapat menjamin kelancaran operasi industri-industri di kawasan KHTP.

Skip to content