𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐎𝐑𝐈𝐁𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐎𝐑𝐈𝐁𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

𝟐𝟐 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐒𝐌𝐄 𝐏𝐚𝐫𝐤
Setinggi-tinggi Tahniah kepada HORIBA Malaysia di atas Perasmian Pembukaan Fasiliti di KHTP SME Park. Majlis ini menandakan satu pencapaian penting dalam pengukuhan ekosistem industri berteknologi tinggi dan bernilai tinggi di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Majlis dihadiri oleh Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Pegawai Operasi KTPC, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pelaburan strategik berteknologi tinggi serta komitmen KTPC dalam memperkukuh pembangunan ekosistem industri dan inovasi di KHTP.
Sebagai peneraju global dalam bidang teknologi tinggi, kehadiran HORIBA di KHTP mencerminkan tahap keyakinan pelabur antarabangsa terhadap keupayaan infrastruktur, persekitaran perniagaan yang kondusif serta ketersediaan bakat teknikal tempatan.
Pelaburan ini dijangka menyumbang kepada pemindahan teknologi, pembangunan industri berasaskan inovasi serta pewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta pertumbuhan ekonomi mampan di negeri Kedah khasnya.
Selamat Datang HORIBA ke KHTP!