Dalam keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadan, warga kerja syarikat Kumpulan Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah berhimpun dalam satu Majlis Iftar Ramadan di Kulim Golf Club. Majlis telah berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwah, menghimpunkan warga kerja bersama ahli keluarga.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja syarikat Kumpulan, malah turut memperkukuh hubungan kekeluargaan yang menjadi tunjang kekuatan organisasi. Kehadiran ahli keluarga menambahkan lagi seri dan makna kepada majlis yang penuh keberkatan ini.
Semoga Ramadan yang diraikan bersama ini terus menyemai nilai kebersamaan, kesyukuran dan semangat saling menghargai dalam setiap langkah sebagai satu pasukan.
Terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan majlis ini.








