𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐏𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭-𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡

𝟏𝟗 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) berbesar hati menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama pejabat kerajaan Negeri Kedah sebagai tanda penghargaan di atas sokongan kerajaan dalam pembangunan kawasan Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
En. Che Abdul Khalid Md Din, Ketua Pegawai Operasi KTPC bersama barisan Pengurusan Tertinggi dan Ketua-Ketua Jabatan hadir sebagai tuan rumah meraikan tetamu jemputan pada majlis berbuka kali ini.
Seramai 47 orang pegawai kerajaan daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, PlanMalaysia Kedah, Lembaga Hasil Dalam Negeri Kedah, Pejabat Tanah & Galian Kedah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hadir meluangkan masa dan meraikan majlis.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjasama antara semua pihak dalam memperkukuhkan lagi perkembangan dan pembangunan KHTP.
Skip to content