𝟗 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dan KHTP Bio Analytical Laboratory Sdn Bhd (KBIO) berbesar hati menerima Lawatan Rasmi YBhg. Dato’ Dr. Hj. ChM Mas Rosemal Hakim, Pengerusi Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Utara, bersama delegasi IKM ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Lawatan dimulakan dengan taklimat berkaitan KHTP dan KBio yang telah disampaikan oleh En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC dan Pn. Husniyah Yahaya, Pengarah Eksekutif KBio. Seterusnya delegasi dibawa melawat ke galeri digital KHTP Xperience Centre dan Makmal KBio bagi mendapatkan pengalaman yang lebih dekat berkaitan peranan dan bidang perkhidmatan yang disediakan.
YBhg. Dato’ Mohd Sahil Bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC berkesempatan mengadakan sesi pertemuan bersama delegasi sebelum sesi taklimat dan perbincangan dalam meneroka peluang kerjasama strategik dan memperkukuh perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada IKM Cawangan Utara atas kesudian berkunjung dan sokongan berterusan ke arah pembangunan ekosistem industri berteknologi tinggi di KHTP.