𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐊𝐇𝐓𝐏

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐊𝐇𝐓𝐏
𝟏𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
KTPC berbesar hati menerima kunjungan dari YBrs. Dr. Nor’Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, bersama delegasi dari Pejabat Kesihatan Kulim ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Sejurus ketibaan, delegasi dibawa melawat KHTP Xperience Centre (KXR) bagi melihat dengan lebih dekat landskap industri dan ekosistem dalam KHTP dengan menggunakan teknologi terkini secara maya. Seterusnya, taklimat khas telah disampaikan oleh En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC berkaitan inisiatif strategik dan pembangunan terkini di KHTP.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik serta meningkatkan jaringan antara KTPC dan agensi, dalam aspek kesihatan pada semua pemain industri dalam KHTP.
Semoga kerjasama erat ini akan terus memberi manfaat kepada semua pihak selaras menyokong pembangunan ekosistem yang mampan.