๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ฌ ๐๐๐ง๐ญ๐ซ๐
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) menerima kunjungan dari Puan Siti Safinah binti Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama delegasi bagi lawatan kerja ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Ketibaan delegasi disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi KTPC.
Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi meninjau perkembangan semasa KHTP. YBhg. Dato’ turut menyampaikan taklimat dan perkongsian mengenai pembangunan dan perancangan masa hadapan KHTP.
Satu sesi dialog turut diadakan bagi berkongsi pandangan dan bertukar buah fikiran berkaitan isu-isu semasa berkaitan dengan KHTP. ST turut menyatakan komitmen bersama bagi memastikan pembangunan KHTP dapat diteruskan seperti yang dirancang.
Semoga lawatan kerja ini dapat memberi manfaat dan impak yang positif kepada kedua-dua pihak bagi kelestarian masa hadapan KHTP.