𝟐 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara bersama delegasi mengadakan lawatan kerja ke KHTP. Ketibaan delegasi disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Wira Isahak bin Murat, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bersama YBhg. Dato’ Haji Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi KTPC.
Lawatan dimulakan dengan kunjungan sekitar kawasan KHTP bagi mendapatkan pengalaman lebih dekat berkaitan pembangunan dan perkembangan kawasan industri. Seterusnya, sesi taklimat dan perkongsian berkaitan KTPC dan KHTP disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil.
Satu sesi dialog turut diadakan bagi berkongsi pandangan dan mendapatkan penjelasan yang lebih baik berkaitan proses pengauditan serta penambahbaikan dalam pengurusan tatakelola syarikat.
Semoga kunjungan ini dapat memberi manfaat serta mengukuhkan lagi hubungan antara kedua pihak.