๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ฌ ๐๐๐ง๐ญ๐ซ๐
China Overseas Development Association (CODA) yang diketuai oleh En. Yang Junlong, Timbalan Presiden CODA telah mengadakan kunjungan hormat bersama delegasi ke KHTP. Lawatan bertujuan bagi meninjau perkembangan dan pencapaian Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dalam menguruskan KHTP.
Sesi taklimat dan perkongsian berkaitan KTPC dan KHTP disampaikan oleh Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Pegawai Korporat. Sesi perbincangan dua hala turut diadakan dalam konteks peluang kerjasama masa hadapan dan juga pelaburan antarabangsa.
Delegasi turut dibawa mengunjungi KHTP Xperience Centre (KXR) bagi mendapatkan pengalaman yang lebih dekat berkaitan persekitaran pembangunan KHTP melalui maya dan interaktif.
Semoga kunjungan ini dapat memberi manfaat serta membuka peluang bagi jalinan kerjasama masa hadapan dalam memperkukuhkan lagi industri di KHTP.