𝐊𝐓𝐏𝐂 𝐂𝐚𝐫𝐞𝐬: 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 “𝐁𝐚𝐜𝐤 𝐭𝐨 𝐒𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥” 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢

𝟑 𝐉𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐔𝐍 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦
Program Sumbangan Back to School anjuran bersama DUN Kulim telah berjaya dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KTPC. Program ini telah memberi manfaat kepada 303 orang pelajar yang menerima bantuan bagi persediaan menghadapi sesi persekolahan 2026.
Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YB. Wong Chia Zhen, ADUN Kulim bersama Pasukan CSR KTPC kepada para pelajar.
Bantuan disalurkan dalam bentuk baucar bagi pembelian barangan persekolahan serta sumbangan alat tulis kepada para penerima.
Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan dapat membantu memenuhi keperluan para penerima.