Program Sumbangan “Back to School” bersama DUN Kuala Ketil merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KTPC yang dilaksanakan dan memberi manfaat kepada seramai 200 orang pelajar.
Program ini telah disempurnakan oleh YB. Mejar (B) Mansor bin Zakaria, ADUN Kuala Ketil dalam satu majlis khas yang diadakan hari ini. Hadir bersama pasukan jawatankuasa CSR KTPC yang diketuai oleh Cik Noorhayda Mohd Noor.
Bantuan disalurkan dalam bentuk baucar pembelian barangan persekolahan bagi membantu keperluan persiapan persekolahan para pelajar. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KTPC dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan bebanan keluarga penerima serta memberi semangat kepada para pelajar untuk memulakan sesi persekolahan dengan penuh keyakinan.








