๐Š๐‡๐“๐ ๐„๐๐ฎ-๐“๐จ๐ฎ๐ซ : ๐’๐Œ๐Š ๐ƒ๐š๐ญ๐จ’ ๐‹๐ž๐ฅ๐š ๐๐š๐ก๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง, ๐๐š๐๐š๐ง๐  ๐’๐ž๐ซ๐š๐ข

๐Ÿ๐Ÿ• ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐‡๐ข-๐“๐ž๐œ๐ก ๐๐š๐ซ๐ค
KTPC berbesar hari menerima lawatan akademik dari SMK Dato’ Lela Pahlawan, Padang Serai ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dengan kehadiran seramai 80 orang pelajar Calon SPM 2025 bersama 6 orang guru pengiring. Sesi KHTP Edu-Tour kali ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan hala tuju kerjaya di dalam industri setelah menduduki peperiksaan SPM.
Sesi dibahagikan kepada 4 ๐‘โ„Ž๐‘’๐‘๐‘˜๐‘๐‘œ๐‘–๐‘›๐‘ก, dimulakan dengan taklimat pengenalan dan pembangunan semasa di KHTP yang disampaikan oleh Pn. Suriza Jaafar, Pengurus Jabatan Pemantauan & Khidmat Sokongan KTPC. Pelajar turut diberi penekanan terhadap kepentingan meningkatkan kemahiran diri dalam bidang TVET dan STEM bagi mendapatkan penempatan dalam sektor industri.
Seterusnya, para pelajar bersama guru dibawa ke ๐‘โ„Ž๐‘’๐‘๐‘˜๐‘๐‘œ๐‘–๐‘›๐‘ก ke kedua bagi mengunjungi KHTP Skills Centre yang diuruskan oleh Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd. Pelajar diberi pendedahan berkaitan kursus yang ditawarkan serta fasiliti yang disediakan bagi membuka minda pelajar terhadap peluang kerja yang luas di KHTP. Lebih menarik, para pelajar berpeluang mencuba sendiri fasiliti seperti CNC dan Robotic bagi merasai pengalaman berada dalam suasana pembelajaran sebenar.
Sesi diteruskan lagi ke KHTP Sports Complex sebagai ๐‘โ„Ž๐‘’๐‘๐‘˜๐‘๐‘œ๐‘–๐‘›๐‘ก seterusnya di mana para pelajar dibawa melihat serta mencuba fasiliti sukan seperti futsal, badminton, pickleball yang disediakan kepada komuniti khasnya para pekerja di KHTP. Pn Maizan Mohd Hassan, selaku Pengurus Kompleks Sukan turut memberi perkongsian berkaitan kemudahan yang disediakan untuk kegunaan pengunjung.
Lawatan diteruskan lagi dengan melawat seluruh Kawasan Zon Industri bagi mendapatkan pengalaman secara dekat syarikat-syarikat besar di KHTP dan seterusnya dibawa ke ๐‘โ„Ž๐‘’๐‘๐‘˜๐‘๐‘œ๐‘–๐‘›๐‘ก terakhir. Pelajar berpeluang merasai suasana fasiliti sukan bertaraf antarabangsa di Kulim Golf & Country Resort. Putting Mat disediakan bagi memberi pengalaman mencuba permainan sukan golf.
Semoga sesi KHTP Edu Tour kali ini menjadi pembakar semangat kepada para pelajar bagi mengorak langkah kerjaya mereka dalam bidang industri serta pencetus motivasi buat pelajar dalam meningkatkan ketersediaan bagi menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
Skip to content