𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐄𝐝𝐮 𝐓𝐨𝐮𝐫: 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐨𝐫𝐚𝐤 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧

𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐄𝐝𝐮 𝐓𝐨𝐮𝐫: 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐨𝐫𝐚𝐤 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧

𝟏𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐤
KHTP Edu Tour membuka tirai tahun 2026 dengan lawatan akademik dari Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Seramai 42 orang penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) telah menyertai program ini bagi memperoleh pendedahan secara langsung terhadap ekosistem industri, peranan jurutera sebagai pemimpin, serta amalan profesional yang diamalkan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh pihak Kulim Technology Park Corporation (KTPC) yang disampaikan oleh Ts. Mohd Adam Nor Azman, Pengurus Jabatan Pengurusan Fasiliti. Beliau memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan pembangunan, peranan serta ekosistem industri di KHTP serta perkongsian bertajuk “Engineer as Leader: Insights from Industry”.
Seterusnya, para peserta dibawa melawat KHTP Xperience Centre (KXR) bagi melihat komponen teknologi masa kini yang digunakan seiring dengan kemajuan industri dalam KHTP. Program diteruskan dengan lawatan industri ke KHTP Sterilisation Services (KSS) bagi memberi pendedahan secara langsung terhadap operasi dan persekitaran industri sebenar.
Lawatan ini diharap dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap landskap industri, di samping membentuk jati diri serta kepimpinan profesional dalam kalangan pelajar ke arah melahirkan jurutera yang berdaya saing dan berjiwa pemimpin, serta merapatkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dan sektor industri.