𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐄𝐝𝐮-𝐓𝐨𝐮𝐫, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐓𝐄𝐌

𝟏𝟓 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐒𝐌𝐊 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐝𝐢, 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦

Jelajah KHTP Edu-Tour (𝘌𝘥𝘶𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘛𝘰𝘶𝘳) kali ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih 500 orang pelajar dari SMK Keladi, Kulim yang disampaikan oleh Puan Maizan Mohd Hassan, Pengurus Kompleks Sukan KHTP.

Antara pengisian adalah memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap pembangunan semasa di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), kepentingan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta peluang kerjaya masa hadapan.

Pelajar yang hadir turut diberi peluang untuk sesi soal jawab bersama bagi mendapatkan maklumat berkaitan peluang dan bidang kerjaya yang menjadi keutamaan industri.

Semoga program ini dapat membuka minda para pelajar tentang kepentingan STEM dan peluang kerjaya masa hadapan yang ditawarkan oleh industri di KHTP.

Skip to content