𝐒𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐡𝐮𝐫 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧

𝟐𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐇𝐢-𝐓𝐞𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐤
Bersempena bulan Ramadan, Program Singgah Sahur KHTP kembali lagi tahun ini yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC diiringi Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Pegawai Korporat serta Sukarelawan KTPC.
Menjadi tradisi di KTPC, program ini adalah bagi menyantuni dan menzahirkan tanda penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yg bertugas pada waktu malam dalam memastikan keselamatan dan kebajikan komuniti dalam kawasan KHTP.
Sukarelawan mengedarkan hidangan sahur kepada petugas di Balai Polis Lunas, Hospital Kulim, Balai Bomba KHTP dan Balai Polis KHTP. Lebih menarik, para sukarelawan turut berpeluang bersahur bersama-sama Ketua Balai dan anggota Balai Polis KHTP.
Semoga program singgah sahur ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara semua pihak dalam menjaga keharmonian dan kebajikan di KHTP.
Skip to content