𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐓𝐏𝐂 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐔𝐍 𝐋𝐮𝐧𝐚𝐬

𝟔 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐉𝐢𝐭𝐫𝐚

Kumpulan KTPC bersama ADUN Lunas, YB Khairul Anuar bin Ramli menyantuni penduduk Dun Jitra yang terjejas dengan bencana banjir. Misi bantuan kali ini disertai lebih 50 orang terdiri daripada wakil Kumpulan KTPC dan wakil penduduk Lunas.

Ketibaan Sukarelawan disambut mesra oleh YB Dr. Haim Hilman Abdullah bersama penduduk Jitra. Sukarelawan kemudian bergerak ke Taman Seri Utama, salah satu kawasan yang terjejas teruk semasa banjir untuk membantu membersihkan Surau, rumah dan kawasan peparitan.

Semoga misi kemanusian ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan dan sedikit sebanyak dapat membantu penduduk yang terkesan dengan bencana.

Skip to content