Tahniah Menicon Malaysia di atas kejayaan Perasmian Pembukaan Fasiliti pada hari ini. Majlis dirasmikan oleh YB Wong Chia Zhen, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam & NGO ). Turut hadir menyatakan sokongan ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC serta Encik Mustaffa Said, Ketua Pegawai Pelaburan.
Menicon, syarikat global dari Jepun dengan lebih 75 tahun pengalaman, melabur lebih RM1 bilion bagi membangunkan fasiliti pembuatan terbesar di peringkat global berteraskan automasi penuh dan smart factory, sekali gus memperkukuh kedudukan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebagai hab pembuatan bernilai tinggi.
Sehingga Januari 2026, Menicon Malaysia telah menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat tempatan, sekali gus menyokong pemindahan teknologi dan pembangunan bakat industri. KTPC selaku pengurus dan pemaju KHTP kekal komited menyokong pelaburan berkualiti serta memastikan persekitaran pelaburan yang kondusif, mampan dan berteknologi tinggi.
Tahniah diucapkan kepada Menicon Malaysia Sdn. Bhd. atas kejayaan pembukaan fasiliti terbesar di peringkat global di KHTP. Semoga terus melakar kejayaan dan memberi manfaat berpanjangan kepada industri dan negeri.












