๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐…๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ข๐ฏ๐จ๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐ฒ๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ข ๐Š๐‡๐“๐

๐Ÿ• ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐Š๐‡๐“๐

Yang Dipertua PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Tuan Abdul Halim Bin Hassan hari ini hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Fasiliti Pivotal System Malaysia di Kulim Hi-Tech Park. Hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, YBhg. Dato’ Mohd Sahil Bin Zabidi bagi meraikan majlis.

Pivotal System Malaysia yang terlibat dalam industri pembuatan Gas Flow Controller telah meluaskan lagi perniagaan mereka dengan membuka fasiliti pertama di Malaysia yang terletak di Kawasan Perindustrian KHTP.

Semoga dengan pembukaan fasiliti baru ini membuka peluang pekerjaan baharu dan merancakkan lagi ekonomi negeri Kedah, khasnya pada komuniti setempat di kawasan Kulim.

Tahniah Pivotal System Malaysia!

Related Posts

Skip to content