Kulim Technology Park Corporation (KTPC) berbesar hati menganjurkan Majlis Iftar Ramadan bersama pejabat-pejabat kerajaan Negeri Kedah sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kerjasama berterusan pihak Kerajaan Negeri dalam pembangunan kawasan Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Pegawai Operasi KTPC bersama En. Mustafa Said, Ketua Pegawai Pelaburan KTPC, serta barisan Pengurusan da Ketua-Ketua Jabatan KTPC yang bertindak sebagai tuan rumah dalam meraikan para tetamu jemputan.
Seramai hampir 60 orang pegawai kerajaan daripada pelbagai agensi termasuk Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, PLANMalaysia Kedah, Lembaga Hasil Dalam Negeri Kedah, Pejabat Tanah dan Galian Kedah, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Jabatan Alam Sekitar, Invest Kedah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Utiliti Infra Darulaman Sdn. Bhd. (UiDA), Indah Water Konsortium serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah hadir bagi memeriahkan majlis ini.
KTPC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis ini. Semoga hubungan baik dan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan demi menyokong perkembangan serta pembangunan KHTP pada masa hadapan.
𝑹𝒆𝒛𝒆𝒌𝒊 𝑫𝒊𝒌𝒐𝒏𝒈𝒔𝒊, 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂𝒏 𝑫𝒊𝒉𝒂𝒚𝒂𝒕𝒊.
















