Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Shanghai Areaharbour Technology Co. Ltd bersama wakil Permodalan Kedah Berhad (PKB) di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan ekosistem pelaburan di KHTP serta berkongsi maklumat berkaitan perancangan dan pembangunan taman perindustrian.
Dalam sesi ini, En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, telah menyampaikan taklimat mengenai pembangunan serta ekosistem pelaburan di KHTP kepada delegasi yang hadir.
KTPC berharap kunjungan ini dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa serta membuka lebih banyak peluang pelaburan berimpak tinggi ke negeri Kedah, khususnya di KHTP.




