𝟐𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐪𝐮𝐞𝐭, 𝐔𝐓𝐌
Siri jelajah kampus bersama KTPC diteruskan kali ini ke Universiti Teknologi Malaysia. Lebih 130 orang mahasiswa UTM dari jurusan kejuruteraan hadir bagi mendapatkan pendedahan berkaitan peluang kerjaya yang ditawarkan oleh industri di Kulim Hi-Tech Park.
Selaku speaker utama, YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC berkongsi berkaitan pembangunan dan perkembangan semasa KHTP. Turut ditekankan dalam perkongsian adalah peluang kerjaya yang menjadi keutamaan industri berteknologi tinggi khasnya dalam bidang kejuruteraan. Selain itu, bagi menarik minat untuk membina kerjaya di KHTP, dikongsikan manfaat pekerja serta kelebihan fasiliti yang ditawarkan oleh syarikat multinasional dalam membentuk budaya kerja 𝑤𝑜𝑟𝑘 𝑙𝑖𝑓𝑒 𝑏𝑎𝑙𝑎𝑛𝑐𝑒.
Siri jelajah kali ini membawakan speaker dari industri iaitu Encik Lai Yit Pin, 𝑆𝑒𝑛𝑖𝑜𝑟 𝑆𝑖𝑙𝑖𝑐𝑜𝑛 𝐷𝑒𝑠𝑖𝑔𝑛 𝐸𝑛𝑔𝑖𝑛𝑒𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔 𝐷𝑖𝑟𝑒𝑐𝑡𝑜𝑟. Beliau merupakan Alumni UTM yang kini bekerja lebih 7 tahun di Intel Kulim. Perjalanan membina kerjaya dalam bidang kejuruteraan serta pengalaman yang dikongsikan amat menarik perhatian semua yang hadir.
Para mahasiswa berpeluang untuk berinteraksi dalam suasana santai bersama speaker bagi membincangkan persoalan berkaitan kerjaya kejuruteraan. Mereka turut bertukar pandangan berkaitan keperluan industri terhadap modal insan berkemahiran tinggi semasa sesi soal jawab.
Diharapkan usaha KTPC turun padang bersama para mahasiswa UTM kali ini, dapat membuka minda terhadap peluang kerjaya yang ditawarkan oleh lebih 50 syarikat Multinasional di KHTP. Semoga dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada bakal jurutera masa hadapan.
Nantikan Siri Jelajah Kampus bersama KTPC akan datang!