𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅 & 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

𝟐 𝐒𝐞𝐩𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞

Bengkel Kompetensi Guru Kreatif & Inovasi telah dengan penyertaan seramai 58 orang guru dari seluruh Kedah telah dianjurkan oleh KEDAH Digital Centre bersempena Karnival MaiREKA @ Kedah 2024.

Pengisian bengkel adalah bagi memberikan maklumat awal bagi mewujudkan kumpulan Inovasi dikalangan guru dan komuniti JHEAIK sebagai persediaan untuk ke pertandingan Inovasi akan datang.

Bengkel dimulakan dengan taklimat ringkas perkembangan Kulim Hi Tech Park dan Kedah Digital Centre oleh Ts. Abdul Syukur Ahmad, Ketua Jabatan Inovasi & Teknologi Digital diikuti oleh perkongsian mengenai pengenalan kepada Inovasi dan Teknologi oleh MPC yang disampaikan oleh En Khairul Anuar, Pengurus Kanan MPC Wilayah Utara dan diakhiri dengan perkongsian penyertaan dalam pertandingan Inovasi oleh Mejar Hairul Zaimy dari Bahagian Inovasi TUDM.

Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Lembaga Maktab Mahmud, MPC dan TUDM di atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan bengkel kali ini.

 

Skip to content