Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah menganjurkan Majlis Potluck Hari Raya secara sederhana namun tetap meriah dan penuh keceriaan. Sambutan pada tahun ini diadakan secara dalaman antara warga kerja Syarikat Kumpulan KTPC selaras dengan seruan YAB Perdana Menteri.
Menambahkan lagi kemeriahan, pelbagai aktiviti sukaneka raya turut diadakan seperti pertandingan menganyam ketupat serta cabaran kepantasan membuka daun palas. Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah mengeratkan hubungan serta semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja.
Dalam ucapan, YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, turut mengingatkan agar seluruh warga kerja sentiasa ambil peduli dan peka terhadap situasi ekonomi semasa serta mengamalkan sikap berjimat cermat dalam setiap aspek.
Semoga sambutan ini terus mengeratkan hubungan silaturrahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga Syarikat Kumpulan KTPC.
𝐒𝐲𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐢, 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐫𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢.















































