𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐈𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐓𝐏𝐂 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐈𝐃𝐀

𝟏𝟔 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 𝐇𝐢𝐥𝐭𝐨𝐧, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫

Seramai 26 orang delegasi daripada Malaysian Investment Development Authority – MIDA yang terdiri daripada barisan Pengurusan Tertinggi termasuk YBhg. Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif, serta para Pengarah dan pegawai, telah hadir sebagai jemputan khas ke Majlis Iftar Ramadan anjuran Kulim Technology Park Corporation (KTPC).
Penganjuran majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan berterusan MIDA, khususnya dalam memudahcara urusan pelaburan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), di samping mengeratkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Turut memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC bersama barisan Pengurusan Tertinggi serta pengurus jabatan yang turut sama meraikan para jemputan.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi menyokong pertumbuhan mampan dan masa depan Kulim Hi-Tech Park (KHTP).